waizk.com Smart Fertigation  

WAIZK

   |

PRODUK

   |

TEKNOLOGI

   |

GALERI

   |

HUBUNGI

   |

 PROMOSI

GALERI-Page 2


 

 

Kunjungan  Persatuan Belia Negeri Selangor di ketuai oleh En Mohd Zaini selaku Exco Keusahawan & Pertanian, ke pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) dan latihan pertanian moden.  

 

Pegawai EXCO Usahawan & Pertanian  bersama Persatuan belia begitu tertarik dengan pusat R&D yang di bangunkan secara persendirian tanpa di sedari oleh pihak Kementerian.  

  

Penghargaan di sampaikan kepada kunjungan YB Dato' Noh Omar, Menteri Pertanian Malaysia, sempena Expo Pertanian yang di adakan di Tg. Karang baru-baru ini. Di hadiri oleh En Mohd Zaini, EXCO Belia Selangor dan salah seorang peserta En Rahim dari Mr. Meltech.

 

Menteri Pertanian tekun mendengar taklimat yang di sampaikan oleh WaizK. 

 

Kunjungan dari  pihak EM-1™  dari Jepun bersama pemegang lesen pengeluaran yang kagum dengan usaha R&D yang di jalankan bagi  pegunaan EM di dalam pertanian.

Latihan secara teori di lakukan di dalam bilik kuliah secara interaktif. Peserta berpeluang mendalami ilmu pertanian secara lebih mendalam dengan kos yang lebih kompetitif, berbanding dengan pusat pengajian atau latihan ynag di tawarkan oleh agensi lain.  

 

Latihan secara praktikal di lakukan di tapak pertanian secara interaktif. Peserta berpeluang mendalami ilmu pertanian melalui latihan dan mempraktikkan apa yang di pelajari di sini.  

 

Kajian R&D dalam usaha untuk menanam pohon anggur di bahagian tanah rendah yang panas telah berjaya di laksanakan. Kini di dalam peringkat melatih pohon untuk membesar dan membuah. 

 

Usaha kajian R&D menanam pohon buah naga melalui kaedah batas telah berjaya di laksanakan. Kini pohon ini telah mengeluarkan bunga yang pertama selepas lapan bulan di tanam di atas batas. 

 

Selanjutnya kajian penanaman pohon nangka madu turut di usahakan sebagai ujian menentukan tahap tumbesaran menggunakan baja biologi.  

 

Kajian R&D berhasil di dalam penanaman pohon limau yang di usahakan sebagai ujian menentukan tahap tumbesaran menggunakan baja biologi. 

 

Kajian menghasilkan buah peria yang besar & luarbiasa saiznya. 

 

Kami melangkah setapak lagi di dalam R&D. Ini adalah usaha melengkapkan kitaran biologi eko-sistem yang cuba di sarankan oleh pakar-pakar dan cerdik-pandai. 

 

 

 

 


HOME

   |  

PRODUK

   |  

TEKNOLOGI

   |  

GALERI

   |  

HUBUNGI

   |  

PROMOSI

Copyright © 2009 WaizK.com. All rights reserved.
WAIZK Smart-Fertigasi Seksyen 17, Shah Alam, Selangor MALAYSIA.
Tel: +006 013-677 7552  Email: waiz@waizk.com / zul@waizk.com