waizk.com Smart Fertigation  

WAIZK

   |

PRODUK

   |

TEKNOLOGI

   |

GALERI

   |

HUBUNGI

   |

 PROMOSI

PRODUK - PAGE 1


 

 

 

 

PRODUK

Baja organik 100%, terdapat dalam pek 0.5 kg dan 1 kg. Tawaran harga pengenalan yang menarik. Hubungi kami untuk mendapatkannya.  

  

 

Kami terlibat secara langsung di sektor pertanian dengan pengkhususan dalam Teknik fertigasi dan agro-bio. Kami sanggup berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang-bidang berikut:

 

Sistem Fertigasi sepenuhnya 

Dalam pakej ini Termasuk pemasangan Struktur rumah pelindung hujan, paip, pam, pemasaan, batu-bata, penitik, grommet, klip, pelindung UV, plastik cahaya perak, tuib mikro, polibeg, serbuk sabut kelapa, sekam padi, meter EC, baja, dan lain-lain untuk 20, 200, 1000 polibeg. Kami boleh memasang sistem fertigasi yang sepenuhnya dan akan memastikan system anda diuji keberkesannya.

Tanaman-tanaman dan benih-benih 

Kita menghasilkan tanaman-tanaman fertigasi yang berkualiti tinggi seperti cili, RockMelon, terung, cili benggala dan dan sayuran lain. Tanaman-tanaman kami memiliki keseragaman dari segi saiz, bentuk, rasa dan Kandungan khasiatnya. Kami turut menghasilkan biji-benih bermutu tinggi dan juga baja nutrien organik.

Baja nutrien dan racun serangga bio-organik

Kami menyediakan bekalan yang secukupnya untuk keperluan baja nutrien bio-organik sepenuhnya bagi keperluan tumbuhan-tumbuhan dari peringkat awal sehingga matang dan berubah. Sebagaimana yang kita faham cara pemakanan tumbuh-tumbuhan adalah agak sama dengan cara Manusia membesar. Sebagai contoh bayi memerlukan susu pada peringkat awal, begitulah juga anak pokok memerlukan formula N:P:K yang khusus untuk tumbesaran, dan seterusnya  sehingga mengeluarkan hasil.

Jualan Stok

Kami juga menjual apa yang orang lain tak jual, bergantung kepada keperluan anda dan stok kami. Jika anda mempunyai masalah mendapat bahagian-bahagian kelengkapan fertigasi, sila hubungi dan beritahu kami. Penghantaran juga boleh di buat melalui kiriman pos jika perlu, dan kami mengenakan sedikit Bayaran untuk urusan ini.

Kursus latihan dan khidmat runding 

Kami menyediakan Kursus untuk petani atau pengusaha yang berminat memulakan usaha tanaman fertigasi pada setiap bulan. Kami juga bersedia untuk membuat lawatan ke Tapak pengusaha yang telah menjalankan projek ini bagi khidmat runding untuk menyelesaikan beberapa permasalahan. Melalui Kursus latihan yang di sediakan, peserta akan mempelajari Teknik fertigasi secara teori dan praktikal. Peserta akan mengalami pengalaman membuat sendiri kerja-kerja fertigasi ini tanpa terlalu bergantung kepada buku-buku rujukan atau panduan yang begitu banyak di tawarkan di internet.

Penyediaan Rancangan kertas kerja fertigasi 

Pelan perniagaan akan memperlihatkan semua struktur-struktur cadangan yang biasa di buat untuk mendapat pinjaman-pinjaman daripada bank, cadangan projek-projek untuk pihak berkuasa yang berkaitan, melaksanakan kajian keupayaan projek, analisis aliran tunai, perancangan pengurusan, perancangan teknikal, perancangan pemasaran dan banyak lagi. Perniagaan ini akan memberi anda gambaran keseluruhannya tentang apakah itu perniagaan fertigasi. 

 

Produk asas yang di tawarkan termasuk lah baja cecair AB++ dan baja organik pepejal yang sesuai untuk semua kegunaan. Termasuk juga pelbagai biji benih baka terbaik didalam bentuk pek paket atau pukal juga tersedia di WaizK.    

 

 

 

 

 

Produk di peringkat awal bersedia untuk di pindahkan ke tapak penanaman kekal. Benih pohon juga boleh di perolehi di sini jika berminat. 

Anak pohon dalam semaian boleh anda miliki jika mahu.  

Pemindahan telah sedia di lakukan, boleh di letak di mana sahaja anda mahu. Pohon yang telah sedia untuk di besarkan juga boleh anda miliki jika berkenan.

Anda boleh memilih untuk menanam apa sahaja yang di ingini, walaupun tumbuhan yang sukar untuk tumbuh di kawasan tanah rendah. Ini juga boleh di perolehi disini jika anda mahu memulakan langkah seterusnya.

Kami telah buktikan ini dapat di lakukan. Anda bagaimana? Sila hubungi Waiz-K, kami sedia & ikhlas membantu anda. 

 

 

 

 

 

Kami menyediakan apa sahaja keperluan anda untuk menyahut cabaran kerajaan dalam kempen buku hijau. Sahabat kami telah berani membuat pelaburan di dalam menyediakan sistem DIY 200 unit  anak pokok cili sebagai permulaan.  

 

 

Kami menyediakan khidmat untuk 1000 unit tanaman pohon cili di atas tanah terbiar yang di sewa dari penduduk setempat. 

Pada akhirnya persediaan poly beg untuk pohon yang ke seribu telah dapat di siapkan di dalam masa sehari sahaja.  

 

  

 

 

 

Baja organik disediakan dan anda boleh memilikinya. 

 

 

Penyelidikan cacing tanah sebagai ejen pengurai organik dan penyubur tanah juga boleh anda perolehi di tempat kami. 

 

 

Contoh tanaman yang boleh di usahakan oleh anda yang berminat dan mempunyai keazaman yang kuat untuk berubah ke arah yang lebih baik.

 

 

 

 

 

 

 

 


HOME

   |  

PRODUK

   |  

TEKNOLOGI

   |  

GALERI

   |  

HUBUNGI

   |  

PROMOSI

Copyright © 2009 WaizK.com. All rights reserved.
WAIZK Smart-Fertigasi Seksyen 17, Shah Alam, Selangor MALAYSIA.
Tel: +006 013-677 7552  Email: waiz@waizk.com / zul@waizk.com