|
|
|
|
|
TEKNOLOGI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kami telah mengabungkan konsep asas yang terbaik di dalam teknologi kejuruteraan automotif sebagai suatu pemangkin untuk merubah cara kita bertani secara drastik. |
|
Secara umumnya teknologi adalah perhubungan yang dimiliki oleh masyarakat dengan alat-alatan & kraf yang di gabungkan melalui pengetahuan penggunaan secara praktikal sehingga ke tahap ia dapat mengawal persekitaran hidupnya, khususnya di dalam bidang yang di tumpukan. Melalui konsep inilah setiap sesuatu yang kecil itu jika di teliti dan di kaji, seterusnya di praktikkan akan melahirkan suatu teknologi yang anda juga mampu untuk melahirkannya. |
|
Dengan ilmu pengetahuan yang di kurniakan Allah dan dengan izinnya kami telah berjaya menemui teknologi untuk membolehkan tumbuhan ini mula mengeluarkan bunga pada satu tahap yang sukar untuk kita percayai. Inilah hasilnya yang boleh kita gambarkan, dunia ini telah menghampiri ke hayatnya dengan pohon ini sebagai tanda-tanda kecil, dalam tempoh tidak sampai sebulan ia telah dapat mengeluarkan hasil. |
|
|
|
Teknologi boleh merubah keboleh-capaian hayat dan kesukaran pohon-pohon untuk terus hidup dan memberi faedah kepada umat manusia. Pohon Cili di gambar kiri ini telah berusia lebih dari 3 tahun dan dapat mencapai ketinggian lebih 12 kaki, suatu pencapaian rekod baru di Malaysia dan ia tidak pernah putus-putus mengeluarkan hasil. Walaupun di atas tanah yang berbatuan, dengan pengetahuan dan teknologi yang kami perolehi, pohon limau ini subur tumbuh membesar. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep asas di kaji dan di uji untuk memperolehi keputusan dan hasil yang dapat memberi faedah kepada kita semua pada masa akan datang. |
|
|
|
Cili benggala boleh di hasilkan di tanah rendah.
|
|
|
|
Cili benggala boleh di hasilkan di tanah rendah. |
|
|
|
Setiap gugusan dahan dapat menghasilkan bilangan buah yang cukup lebat. Hasil ini telah dapat di perolehi setelah mencuba selama beberapa tahun. |
|
|
|
Konsep asas fertigasi di gunakan, seterusnya dapat kami kembangkan lagi kesatu tahap yang tidak terfikir oleh petani tradisional dahulu. Melalui R&D usaha kami tidak akan berhenti disini sahaja, tetapi penemuan baru akan cuba di teroka. Kemahiran dan pengetahuan yang di perolehi dalam R&D automotif akan di guna-pakai sokongan dari pihak Kementerian Pertanian & Pelajaran akan di gabung untuk memaksimakan kesan nya. |
|
|
|
Setiap inci ruang di kaji untuk melihat keboleh-tumbesaran pohon-pohon, hatta di dinding kami cuba memenafaatkannya. |
|
|
|
Misi dan visi kami, insyallah akan di bentuk ke arah perladangan integrasi. Cuma kesempitan kewangan & peluang sahaja yang akan melambatkan proses ini. |
|
|
|
Kajian saintifik dan perbincangan di luar dari kontak ahli bijak pandai akedemik dan pakar pertanian tidak menghalang sebahagian kecil golongan rakyat marhain memecah cabang di dalam bidang agro-teknologi.
|
|
|
|
Walaupun dengan kedaifan, prinsip asas adalah kembali ke pokok pangkal kejadian. Sumber tumbuhan di olah dan di kitar semula untuk pelbagai kegunaan. Untuk menjadikan ia lebih bersifat saintifik elemen masa di masukkan untuk mengawal pembentukan. |
|
|
|
Dari minat terhadap teknik pertanian organik kami telah meneroka ke suatu bidang baru yang melibatkan penghasilan dan penggunaan Mikro-organisma yang baik. Salah satu jenama yang terkenal yang telah di guna-pakai ialah "Effective-MicroOrganism", EM-1®. Penemuan EM telah di temui dan di kembangkan oleh Professor hortikultur Dr Teruo HIGA di Universiti Ryukyus, Okinawa, Jepun pada awal 1980an. Ianya adalah gabungan bakteria asid laktik, yis & bakteria phototropik. |
|
|
|
Kelebihan EM dalam pertanian yang utama adalah:
1.Penyerapan nutrien yang tinggi.
2.Tinggikan kadar pertumbuhan. 3.Tingkatkan daya imunisasi. 4.Penggalak menghasilkan enzim. 5.Mengawal & baiki bau busuk. 6.Mengawal populasi mikroOrganism pathogen |
|
|
|
Konsep Asas penggunaan EM: 1.EM-1, Larutan Asli tahan lama.
2.EMAS, EM Activated Solution.
3.EM-5, Penghalang serangga.
4.EM F.P.E, Fermented Plant Extract mengandungi bioaktif.
5.EM BOKASHI, Bahan organik tertapai untuk baja & antibodi. |
|
|
|
Pelbagai jenis tumbuhan di dalam kajian kami, dengan menggunakan EM sebagai enzim penggalak tumbesaran pokok. Contohnya Pokok buah naga ini boleh di tanam dalam kepadatan yang tinggi untuk memaksimakan penggunaan ruang meter persegi. |
|
|
|
Mencuba untuk membesarkan strawberi di tanah rendah, tanpa perlu naik ke tanah tinggi Cameron. |
|
|
|
Dengan teknologi yang di kembangkan di R&D kami, hasil tanaman boleh diubah saiznya menjadi maksima. Anda mungkin berpeluang mengguna-pakai hasil kajian R&D ini suatu hari nanti, mengapa tidak, tepuk dada tanya selera. Jangan berlenggah kunjungilah kami. |
|
|
|
Maksimakan hasil anda. Dengan izin Allah, Mangga 'King" ini mencapai saiz maksimanya. Ia adalah hasil kesabaran dari kajian R&D kami selama beberapa tahun mencuba. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Copyright © 2009 WaizK.com. All rights reserved.
WAIZK Smart-Fertigasi Seksyen 17, Shah Alam, Selangor MALAYSIA.
Tel: +006 013-677 7552 Email: waiz@waizk.com / zul@waizk.com