WaizK.com

  Teknologi Hijau (Green Technology) 

WAIZK

   |

PRODUK

   |

TEKNOLOGI

   |

GALERI

   |

HUBUNGI

   |

 PROMOSI

 


'


KEJAYAAN ANDA, KEJAYAAN KAMI JUGA. <Klik di Sini>

 ANUGERAH SIJIL KURSUS SMART-FERTIGASI KEPADA BELIA PETANI MODEN


Dengan Kerjasama:

 

MAJLIS BELIA  MALAYSIA, SELANGOR 

 

 Koperasi Waiz K Agro Shah Alam Bhd

 

 E-MAZ AGRO

 

 

Very Happy Majlis Perasmian Penubuhan Koperasi Jentera oleh Setiausaha Politik Menteri Pertanian 

Oleh Dato' Hj Safie Asnawi

LAGI BERITA <Klik di Sini>

Tarikh : 24/10/2009                        Masa  : 9.00 - 12.00Tghari

 Lokasi : Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor

BERITA KAMI DI AKHBAR HARIAN

 

     

 



 


EXPO KAMI BERSAMA PERDANA MENTERI, DI TG KARANG   <Klik di Sini>

 PAMERAN ANJURAN BERSAMA PERSATUAN PENJAJA & PENIAGA KECIL MELAYU MALAYSIA



Terbaru, mereka telah menjadi sebahagian ahli keluarga kami setelah berjaya menimba ilmu di WaizK. Anda juga berpeluang...

 

 

 BERSAMA KELUARGA KAMI YG TERBARU

<---  <Klik di Sini>


Testimoni...

  

En Mohd Zaini (kiri) mengiringi Dato' Noh Omar (tengah)dari Kementerian Pertanian

"Kita mahu golongan belia-belia merebut peluang ini dan belajar mengambil contoh apa yang telah di buat oleh WaizK untuk berjaya tanpa mengharapkan bantuan kerajaan sahaja. Kita juga mahu merubah cara pemikiran persatuan belia di negara ini bahawa bidang Pertanian bukan lagi seperti dulu terpaksa bermandikan peluh mencangkul tanah tetapi kita akan Menggunakan kaedah dan Teknologi baru bagi memberi tarikannya yang tersendiri"
 - Mohd Zaini, Exco Pembangunan Ekonomi & Usahawan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Selangor 
 

 

Hj. Manan (tengah) memeriksa batang pokok cili bagi memastikan kebenaran dakwaan En Rahim dari Mr.Maltech (kanan), sambil di perhatikan oleh Hj. Hair (kiri) dari MOA.  

"Sepanjang pengalaman saya terlibat dengan MOA atau MARDI tidak pernah saya melihat pokok cili tingginya melebihi 6 kaki. Betul ke ni, saya rasa awak sambunglah pokok cili ni, cuba saya periksa" Seloroh Hj. Manan. "Sekarang dengan teknologi ini saya percaya ianya tidak mustahil untuk usahakan petani moden lain, di samping hasilnya memang membuatkan kita kagum"                                                           - Hj. Manan, Pegawai Khas Kementerian Pertanian, MOA 

 

Dato' Hj Safie Asnawi, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian (tengah), melihat hasil penyelidikan pertanian R&D WaizK 

 "Kalaulah saya tahu ini lima tahun yang sudah, sudah tentu saya boleh bertambah senang. Apa tidaknya baru tahun lepas saya mengikuti program ini sekarang sudah boleh pulang modal dah, bayangkan lima tahun dulu. Bak kata orang dulu-dulu, nak duit pegi petik kat pokok sahaja. Bagi saya inilah Teknologi Pertanian yang terbaik sekarang dan saya berharap lebih ramai lagi golongan belia mengambil peluang mengorak langkah mengusahakan tanah-tanah terbiar dan mengambil manfaat daripadanya" - En. Naim, Petani Moden

"Saya yakin dengan usaha cara Pertanian fertigasi, setiap ringgit duit petani yang di laburkan, mereka boleh mendapat Pulangan dalam masa setahun sahaja. Satu usaha dan penemuan Teknologi yang amat bagus untuk diguna-pakai dan hasil yang tidak mengecewakan"  - Dr Jamil, ex-MIGHT  

 Pengenalan...

Perladangan konventional telah lama wujud, akan tetapi Kaedah ini adalah tidak cekap dan banyak membazirkan sumber-sumber keperluan, tenaga kerja dan yang lebih parah telah banyak mengecewakan petani-petani dan usaha mereka gagal  dan akibatnya mereka kehilangan banyak sumber Kewangan. Persoalannya mengapa? 

  • Di sesetengah kawasan Tapak Pertanian yang di rancang, komposisi tanah kadang-kala mempunyai set-set mineral dan nutrien yang berbeza kandungnya. Ini menyukarkan petani untuk menanam biji benih yang akan membesar dengan seragam.
  • Memerlukan saiz tanah yang lebih besar untuk mendapat Pulangan segera, tetapi kita maklum ia adalah amat sukar untuk di laksanakan. Banyak modal terpaksa di belanjakan untuk baja, racun perosak dan pekerja-pekerja untuk menyelegarakan kerja-kerja seperti memotong rumput-rumpai, mengairkan dan memungut hasil. Akhirnya petani menjadi terlalu letih disebabkan semua aktiviti ini.
  • Anda perlu berada di ladang sebelum matahari terbit lagi dan sebahagian besar masa boleh berlanjutan sehingga ke matahari terbenam, ini bagi memastikan kerja boleh dibuat, seperti pengairan, memotong rumpai, menyembur baja dan banyak lagi.
  • Hasil produk yang di ingini tidak konsisten dalam bentuk fizikalnya dan ini menyukarkan untuk di pasarkan, contohnya saiz atau rasa yang tidak seragam. Lebih mengejutkan mungkin hanya separuh sahaja tanaman-tanaman anda dapat hidup! 
  • Sesetengah daun dan buah tanaman-tanaman akan mudah rosak apabila bersentuh dengan tanah, dan yang paling teruk kemungkinan segerombolan semut-semut dan serangga perosak dari tanah akan tertarik kepada tanaman-tanaman kita, yang akhirnya mengakibatkan kerosakan dan kerugian.
  • Petani sentiasa mengharapkan hujan turun yang secukupnya. Kadangkala jadual hujan yang turun tidak menentu akan menyebabkan kesusahan kerana baja yang baru sahaja kita gunakan semalam telah dihanyutkan, racun perosak yang kita sembur tidak boleh tahan lama dan kita perlu melakukannya semula keesokan harinya
  • Selepas menuggu lama, tanaman-tanaman ini tidak mengeluarkan hasil sebaik dan sebanyak yang dijangka. 

Di Antara teknologi yang paling popular kini ialah Teknik:

1.      Fertigasi/Pengairbajaan,

2.      hidroponik, dan

3.      kompos bio-organik.

Pada masa ini Teknik yang paling di beri tumpuan ialah Teknologi fertigasi. Dalam masa yang terdekat kami akan cuba menambahkan bahan rujukan untuk memberi pemahaman yang lebih baik kepada anda yang berminat dan yang akan menjadi petani moden yang tulen dan jujur dalam mencari rezeki yang halal.

1.    Fertigasi/Pengairbajaan,

Fertigasi/Pengairbajaan telah diketahui secara meluas di negara ini dan setiap hari menjadi semakin popular. Dan pasti ada sebab untuknya. Ramai petani atau pengusaha telah bertukar menggunakan kaedah ini.

Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization dan irrigation. Dalam fertigasi, proses pembajaan dan pengairan diberikan kadangkala digunakan serentak kepada tanaman. Fertigasi tergolong dalam kelas hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, hanya beberapa jenis tanaman sahaja yang sesuai ditanam menggunakan kaedah fertigasi, antaranya cili, tomato, timun, terung, strawberi dan rock-melon.

Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar dan serangan bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak bekas polibeg yang mengandungi media yang menggantikan tanah.

Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi berupaya untuk membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala dan tetap pada setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar pokok.

Teknologi sistem fertigasi ini paling berkesan jika dilakukan di bawah binaan Pelindung Hujan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam dari diserang oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan yang bertoksik. Selain daripada melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, Pelindung Hujan juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan merencatkan pembesaran pokok seterusnya menjejas pengeluaran hasil.

Anda adalah bernasib baik, kerana anda telah mencapai ke salah satu daripada laman web yang sanggup berkongsi teknologi ini dan akan menyokong anda untuk memulakan suatu langkah yang bijak bagi mengusahakan inisiatif ini. Kami bukan sekadar petani moden yang biasa tetapi kami juga mengajar para petani moden yang lain membuat perkara yang sama. Mengapa? 

  • Niat kami adalah murni, untuk membantu anda yang mungkin tercicir dari arus Pembangunan dan mengalami sedikit kesempitan hidup. Disamping itu dengan nilai pelaburan awal yang berpatutan dan berkat ilmu yang akan anda perolehi dari kami, insyallah dengan izinnya dalam masa 16 bulan ia akan dapat merubah hidup anda hari ini untuk menjadi petani moden yang berilmu.
  • Kita tahu bagaimana rasanya menjadi petani. Berita baiknya ialah, kami juga adalah pengamal fertigasi yang sentiasa mengembangkan Teknologi ini melalui R&D untuk menjadikannya lebih cekap dan bernilai tinggi. Kami telah membuktikannya melalui bahan-bahan di laman web ini.  kami yakin yang anda pun boleh mencapai perkara yang sama. Jadi anda boleh memberi kepercayaan kepada kami untuk membantu anda berjaya.
  • Kami menemui Teknologi ini lama dahulu Semenjak awal tahun 2000 lagi, iaitu sebelum anda melakukannya lagi. Jadi, kami bersedia untuk memberi nasihat dan tip kepada anda berbagai kaedah bagaimana untuk melaksanakan projek ini dan bagaimana untuk mengelak kos yang tidak perlu. 
  • Kami telah melakukan R&D dengan mencuba pelbagai jenis tanaman yang begitu banyak pilihannya, walau apapun  juga jika anda memberi kepada kami biji benih untuk kami mengujinya sebagai suatu kajian. Ianya dapat dan telah dibuat, malah kami berjaya melakukannya untuk mereka.  
  • Ini merupakan bahagian yang terbaik, ianya adalah automatik dan tanaman boleh ditanam dalam kawasan yang lebih kecil dan lebih padat. Tanaman-tanaman ini  tidak hanya akan membesar ke sisi, malah ia akan pergi lurus ke atas dan Menggunakan semua ruang yang ada secara maksima. Malah beberapa pengusaha dan pelatih kami Termasuk pekerja kami sanggup datang walaupun pada hujung minggu kerana tarikannya. 
  • Ianya tidaklah serumit sebagaimana yang anda fikikirkan. Apa yang anda perlu buat ialah mengikut setiap langkah secara bersistem apa yang di ajar di dalam Kursus latihan kami. 
  • Ianya pasti sesuai untuk mereka yang tidak suka bertani di dalam persekitaran kerja yang kotor. Susun atur, struktur dan sistem pengairan adalah begitu bersih dan amat ringkas untuk menguruskannya.  
  • Dengan bekerja hanya ¼ dari keseluruhan Waktu kerja, ¾ lagi Waktu boleh anda berfikir untuk membuat perkara lain ataupun berehat sahaja, bagaimana pilihan anda? Nah inilah apa yang di maksudkan Teknologi, buat sedikit hasil banyak dan berkualiti. 

CONTOH  SUSUN ATUR SISTEM FERTIGASI   

2.    Hidroponik

Kami akan memasuk maklumat kemudian.

3.    Kompos Bio-organik

Kami akan memasuk maklumat kemudian.

Sementara melayari laman web ini, jika anda mempunyai sebarang soalan, sila jangan berasa segan untuk bertanya kepada kami. Laman-web ini merupakan salah satu dari tapak yang sangat informatif dan lebih banyak pengetahuan dan bahan bermaklumat akan dapat di masukkan apabila anda mengajukan kami soalan dan maklum balas. Kami akan melakukan apa yang terbaik untuk samada memberikan anda jawapan atau terus membantu anda mendapatkannya kearah sumber-sumber yang sesuai. 

Kami amat berbesar hati kerana telah memilih WaizK sebagai sumber maklumat anda dan mendapatkan beberapa produk disini. Kami akan lebih gembira lagi bagi menyambut anda untuk menyaksikan secara lebih dekat ke pusat R&D dan ladang kami dengan menghadiri Kursus latihan yang akan kami tawarkan setiap minggu. Kami mengharapkan untuk mendapat tindakan susulan daripada anda dengan menghubungi melalui e-mail, surat atau panggilan talipon.   


HOME

   |  

PRODUK

   |  

TEKNOLOGI

   |  

GALERI

   |  

HUBUNGI

   |  

PROMOSI

Copyright © 2009 WaizK.com. All rights reserved.
WAIZK Smart-Fertigasi Seksyen 17, Shah Alam, Selangor MALAYSIA.
Tel: +006 013-677 7552  Email:
waiz@waizk.com / zul@waizk.com